





























Hadeeth Cards
Da'wa cards that highlight great meanings from the noble prophetic hadiths in a simple style and attractive display that helps the Muslim to have a deeper understanding of his religion in an easy way
All
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Allah SWT berfirman: "Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya."
رواه مسلمNabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah تبارك وتعالى berfirman bahawa Dia adalah yang paling tidak memerlukan sekutu, kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu pun; dan bahawa jika seseorang melakukan suatu amalan ketaatan lalu menjadikannya untuk Allah dan untuk selain-Nya, maka Allah akan meninggalkannya, tidak menerimanya, dan mengembalikannya kepada pelakunya. Maka wajib mengikhlaskan amalan hanya kepada Allah SWT, kerana Dia tidak menerima melainkan amalan yang tulus ikhlas demi mencari keredaan-Nya.
Daripada Jundub رضي الله عنه, beliau berkata: Lima hari sebelum Nabi SAW wafat, saya mendengar baginda bersabda: “Sesungguhnya saya berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan antara kalian seorang kekasih, kerana sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan saya kekasih-Nya sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih-Nya. Seandainya saya hendak melantik seorang kekasih dalam kalangan umat saya, tentulah saya melantik Abu Bakar sebagai kekasih. Ingatlah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai tempat ibadah. Oleh itu, janganlah kamu menjadikan kubur-kubur sebagai masjid. Saya melarang kalian daripada itu.”
رواه مسلمNabi ﷺ mengkhabarkan tentang kedudukan baginda di sisi Allah Ta‘ala, dan bahawa ia telah mencapai darjat kecintaan yang tertinggi, sebagaimana yang telah dicapai oleh Nabi Ibrahim AS. Oleh sebab itu, baginda menafikan mempunyai seorang kekasih selain Allah; kerana hati baginda dipenuhi dengan kecintaan, pengagungan dan makrifah kepada Allah Ta‘ala, sehingga tiada lagi ruang di dalamnya untuk sesiapa pun selain Allah. Sekiranya baginda mempunyai seorang khalil daripada kalangan makhluk, pastinya ia adalah Abu Bakar al-Siddiq RA. Kemudian baginda memberi amaran agar tidak melampaui batas dalam kecintaan, seperti yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani terhadap kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka, sehingga mereka menjadikannya sebagai tuhan-tuhan syirik yang disembah selain Allah, serta mendirikan masjid dan tempat-tempat ibadat di atas kubur mereka. Baginda ﷺ telah melarang umatnya daripada melakukan perbuatan seperti mereka.
Daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهما, bahawa beliau mendengar seorang lelaki berkata: “Tidak, demi Kaabah.” Lalu beliau berkata: “Janganlah bersumpah dengan selain Allah, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:” "Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik."
رواه أبو داود والترمذي وأحمدNabi ﷺ mengkhabarkan bahawa sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, maka dia telah kufur kepada Allah atau melakukan syirik; kerana perbuatan bersumpah itu menuntut pengagungan terhadap sesuatu yang dijadikan sumpah, dan keagungan itu hanyalah milik Allah semata-mata; maka tidak boleh bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya SWT, Sumpah ini termasuk dalam syirik kecil tetapi, jika orang yang bersumpah mengagungkan apa yang disumpahkannya sepertimana dia mengagungkan Allah Taala atau lebih dahsyat lagi, maka pada ketika itu ia menjadi Syirik Akbar.
Dari Ibnu 'Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika mengutusnya ke Yaman: "Sesungguhnya kamu akan menemui sekelompok kaum Ahli Kitab, maka apabila kamu mendatangi mereka, serulah mereka untuk bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, jika mereka mentaatimu dalam hal itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka lima solat pada setiap hari dan malam, jika mereka mentaatinya, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka zakat; diambil daripada orang-orang kaya mereka dan dikembalikan kepada orang-orang fakir mereka, jika mereka mentaatinya, maka janganlah engkau mengambil harta-harta pilihan mereka, dan takutilah doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tiada penghalang antaranya dengan Allah»."
متفق عليهApabila Nabi ﷺ mengutus Mu'az bin Jabal RA ke negeri Yaman sebagai pendakwah kepada Allah dan guru, baginda menerangkan kepadanya bahawa dia akan berhadapan dengan kaum daripada kalangan Nasrani; agar dia bersiap sedia untuk mereka, kemudian hendaklah dia memulakan dakwahnya kepada mereka dengan mendahulukan yang terpenting kemudian yang penting, Maka dia menyeru mereka untuk memperbaiki akidah terlebih dahulu; dengan bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah; Kerana dengannya mereka memeluk Islam, maka apabila mereka tunduk mematuhinya, mereka diperintahkan untuk menunaikan solat; kerana ia ialah kewajipan yang teragung selepas Tauhid, Maka apabila mereka telah mendirikannya, Baginda memerintahkan orang kaya mereka untuk membayar zakat harta mereka kepada orang miskin mereka, kemudian memberinya amaran agar tidak mengambil harta yang terbaik; kerana yang wajib adalah yang pertengahan. Kemudian Baginda mewasiatkannya untuk menjauhi kezaliman, agar orang yang dizalimi tidak berdoa menentangnya, kerana sesungguhnya doanya diperkenankan.
Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Janganlah kamu melebih-lebihkanku sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya."
رواه البخاريNabi ﷺ melarang sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas syarak dalam memuji baginda, serta menyifatkan baginda dengan sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan khusus milik Allah Taala, atau mendakwa bahawa baginda mengetahui perkara ghaib, atau berdoa kepadanya di samping Allah, sepertimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Isa bin Maryam AS. qq;';''
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Telah ditanya: "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling beruntung dengan syafaatmu pada hari kiamat?" Rasulullah ﷺ bersabda: "Sungguh aku telah menyangka, wahai Abu Hurairah, bahawa tiada sesiapa yang akan bertanya kepadaku tentang hadis ini sebelummu, kerana aku melihat kesungguhanmu terhadap hadis. Manusia beruntung yang mendapat syafaatku pada hari kiamat adalah orang yang mengakui tiada yang berhak disembah selain Allah, tulus murni daripada jiwanya."
رواه البخاريNabi ﷺ mengkhabarkan bahawa manusia beruntung yang mendapat syafaatnya pada hari Kiamat ialah orang yang mengucapkan: "Tiada yang berhak disembah selain Allah" dengan tulus murni daripada hatinya, iaitu tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan hendaklah ia bersih daripada syirik dan riyak.
Daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang bertemu Allah tanpa melakukan sebarang syirik, dia pasti masuk syurga. Sesiapa yang bertemu-Nya dalam keadaan mensyirikkan-Nya, pasti masuk neraka."
رواه مسلمNabi ﷺ memberitahu bahawa sesiapa yang meninggal dunia tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka kesudahannya adalah syurga sekalipun dia diazab atas sebahagian dosanya, dan sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mensyirikkan Allah akan kekal di dalam neraka.
Daripada Abdullah bin Mas'ud, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Celakalah orang-orang yang melampau (dalam agama)," baginda mengucapkannya tiga kali.
رواه مسلمNabi صلى الله عليه وسلم memberitahu tentang kekecewaan dan kerugian golongan yang berlebih-lebihan - tanpa petunjuk dan ilmu - dalam urusan agama dan dunia mereka, serta dalam perkataan dan perbuatan mereka, yang melampaui batasan syarak yang dibawa oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Biarkanlah Aku dengan apa yang Aku tinggalkan untukmu; sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana banyak bertanya dan berselisih terhadap para nabi mereka. Maka apabila Aku melarang kamu dari sesuatu maka jauhilah ia dan apabila Aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu maka lakukanlah sebahagian daripadanya menurut kemampuanmu.”
متفق عليهNabi ﷺ menyatakan bahawa hukum-hukam syarak terbahagi kepada tiga bahagian: perkara yang dibiarkan (tidak disebut secara khusus), larangan-larangan dan perintah-perintah. Bahagian pertama ialah perkara yang tidak disebutkan oleh syarak, iaitu perkara yang tidak disebutkan hukumnya (secara khusus). Dalam hal ini, asas asal sesuatu perkara adalah tidak wajib. Pada zaman Nabi ﷺ, wajib tidak bertanya tentang sesuatu yang tidak berlaku kerana bimbang akan muncul (hukum) wajib atau haram. Hal ini kerana Allah tidak menyebutkannya sebagai rahmat kepada hamba-Nya. Manakala selepas kewafatan Nabi ﷺ, jika pertanyaan itu bertujuan untuk meminta fatwa atau pembelajaran mengenai perkara agama yang diperlukan maka ia dibenarkan malah disyariatkan. Namun, jika pertanyaan itu dilakukan dengan sikap melampau atau berlebihan sehingga memaksa, itulah yang dimaksudkan dengan meninggalkan bertanya dalam hadis ini. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada keadaan seperti yang menimpa Bani Israil; apabila mereka diperintahkan menyembelih seekor lembu, jika mereka menyembelih apa-apa lembu sahaja sudah memadai, tetapi mereka bersikap terlalu ketat sehingga mereka ditimpa kesukaran. Kedua: Larangan; iaitu perkara yang diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya dan akan diseksa orang yang melakukannya. Maka semua larangan ini wajib dielakkan sepenuhnya. Ketiga: Perintah; iaitu perkara yang diberi pahala kepada orang yang melakukannya dan diseksa orang yang meninggalkannya. Oleh itu, wajib melaksanakan semua perintah ini semampu mungkin.