Hedayat “A fruitful harvest”
from the gardens of “ Verses and Hadiths ”
Inspiring Dawah cards that highlight the profound meanings of Quranic verses and Prophetic Hadiths. Presented in an accessible and engaging style to help Muslims gain a deeper understanding of their faith with ease.
About Hedayat
Hedayat is a platform that combines simplicity of design and ease of use
displaying the benefits derived from Verses and Hadiths in
attractive cards with unique designs.
Unique Designs
Cards with unique and attractive designs that express the content of the text
Reliable Materials
Scientifically reliable benefits reviewed by a group of scholars
Easy Browsing
You can browse the cards easily and display them effortlessly
Different Languages
Cards are available in more than 40 languages for the benefit of all
Hadith Cards
Daripada Mu‘az bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: “Aku pernah bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan, suatu pagi aku berjalan di sisinya ketika kami sedang berjalan, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku amalan yang memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka.’ Baginda bersabda: ‘Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya. Iaitu, sembahlah Allah dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan apa pun, dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan tunaikan haji ke Baitullah.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai, sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, dan solat malam seorang lelaki…’ Lalu baginda membaca: {Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur mereka} sehingga sampai pada {mereka beramal}. Kemudian baginda bersabda lagi: ‘Mahukah aku beritahu kepadamu permulaan segala urusan semuanya, tiangnya dan puncak bukitnya?’ Aku menjawab: ‘Tentu sekali, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda: “Permulaan segala urusan itu ialah Islam, tiangnya ialah solat, dan puncaknya ialah jihad.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku beritahu kunci bagi semua itu?’ Aku menjawab: ‘Tentu, wahai Nabi Allah.’ Lalu baginda mengambil lidahnya dan bersabda: ‘Tahanlah lidahmu ini.’ Aku bertanya: ‘Wahai Nabi Allah, apakah kami akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kami ucapkan?’ Baginda bersabda: ‘Apalah kau ini, wahai Mu‘az! Manusia tidak akan dilempar ke dalam neraka di atas wajah atau hidungnya melainkan kerana akibat lidah mereka.’”
رواه الترمذي وابن ماجه وأحمدMu‘az رضي الله عنه berkata: “Aku berada bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan. Suatu pagi, aku berjalan di sisinya ketika kami sedang berjalan, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku amalan yang memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka.’ Baginda bersabda: “Engkau telah bertanya amalan yang besar lagi berat kepada diri, namun ia mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya; tunaikanlah kewajipan-kewajipan Islam:” Pertama: Sembahlah Allah sahaja dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Kedua: Dirikanlah solat lima waktu yang wajib setiap hari dan malam: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak, dengan menunaikan syarat, rukun, dan kewajipannya. Ketiga: Tunaikanlah zakat yang wajib, iaitu ibadah harta yang diwajibkan ke atas setiap harta yang mencapai kadar tertentu menurut syarak, diberikan kepada yang berhak menerimanya. Keempat: Berpuasalah pada bulan Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat ibadah, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Kelima: Tunaikanlah haji ke Baitullah dengan niat menunaikan ibadah haji sebagai suatu ibadah kerana Allah Ta‘ala. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu jalan yang membawa kepada pintu-pintu kebaikan? Iaitu dengan mengikuti kewajipan-kewajipan tersebut disertai amalan-amalan sunat:” Pertama: Puasa sunat, ia berfungsi sebagai perisai daripada terjerumus ke dalam maksiat dengan menahan nafsu dan melemahkan kekuatan syahwat. Kedua: Sedekah sunat memadamkan dosa setelah dilakukannya, menghilangkan dan menghapus kesannya. Ketiga: Solat Tahajjud pada sepertiga malam yang terakhir. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم membaca firman Allah Ta‘ala: {Mereka menjauhkan punggung mereka daripada tempat tidur mereka, mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan solat, zikir dan bacaan Al-Quran, dengan rasa takut dan mengharap, dan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka membelanjakan nya. Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang Kami sediakan untuk mereka sebagai kesenangan mata} iaitu nikmat yang menyenangkan pandangan mereka di Hari Kiamat dan di syurga, {sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan}. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu asal agama, tiangnya yang menjadi sandarannya, dan kemuncaknya?” Mu‘az رضي الله عنه menjawab: “Tentu sekali, wahai Rasulullah.” Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pokok segala urusan ialah Islam, iaitu dua kalimah syahadah; dengannya terbina pada diri seseorang asas agama.” Tiangnya ialah solat; tiada Islam tanpa solat, sebagaimana tiada rumah tanpa tiang. Sesiapa yang menegakkan solat, kukuhlah agamanya dan bertambah tingginya darjatnya. Manakala puncak tertingginya ialah jihad, iaitu berusaha gigih menentang musuh agama demi meninggikan kalimah Allah. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu cara menjaga dan menyempurnakan segala yang telah disebutkan tadi?” Lalu baginda mengambil lidahnya dan bersabda: “Tahanlah ini dan janganlah engkau bercakap tentang perkara yang tidak berkait denganmu.” Mu‘az bertanya: “Adakah Tuhan kita akan menghukum, menghitung, dan membalas kita atas setiap apa yang kita ucapkan?” Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Semoga ibumu kehilangan kamu!” Ini bukan bermaksud doa buruk ke atasnya, tetapi ia merupakan ungkapan orang Arab untuk menarik perhatian terhadap perkara yang patut diambil cakna dan dimaklumi. Kemudian baginda bersabda: “Tidaklah manusia dilempar dan dijatuhkan ke dalam api neraka atas muka mereka, kecuali akibat dari lidah mereka, berupa kekufuran, tuduhan, cercaan, mengumpat, mengadu domba, fitnah, dan seumpamanya.”
Daripada al-‘Irbad bin Sariyah رضي الله عنه, beliau berkata: “Pada suatu hari, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah berdiri di hadapan kami, lalu baginda menyampaikan suatu nasihat yang sangat menyentuh hati, sehingga hati menjadi takut dan mata menitiskan air mata. Lalu dikatakan: "Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah. Oleh itu, berilah kami nasihat. Baginda bersabda: "Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, dengar dan taat (kepada pemimpin), sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya siapa yang masih hidup selepas (kewafatan) aku nanti akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk; gigitlah ia dengan gigi geraham (pegang dengan teguh). Jauhilah perkara-perkara baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat."
رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه وأحمدNabi صلى الله عليه وسلم telah memberi satu nasihat yang sangat menusuk hati kepada para sahabatnya, sehingga hati mereka merasa takut dan air mata mereka bercucuran. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang hendak berpisah, kerana mereka melihat betapa bersungguh-sungguhnya baginda صلى الله عليه وسلم dalam memberi nasihat itu. Maka mereka meminta wasiat yang boleh mereka berpegang teguh dengannya selepas ketiadaan baginda. Baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dan (aku wasiatkan juga) supaya kamu dengar dan taat (kepada pemimpin), iaitu kepada para pemerintah. Sekalipun seorang hamba menjadi pemimpin kamu atau menguasai kamu – iaitu orang yang paling rendah kedudukannya menjadi pemimpin atasan kamu – maka janganlah kamu merasa keberatan untuk taat kepadanya. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup selepas kamu akan melihat banyak perselisihan. Kemudian baginda menerangkan kepada mereka jalan keluar daripada perselisihan itu, iaitu dengan berpegang teguh kepada sunnah baginda dan sunnah para al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas (pemergian) baginda, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, dan ‘Ali bin Abi Talib رضي الله عنهم أجمعين. Dan (baginda menyuruh) menggigitnya dengan gigi geraham, iaitu bersungguh-sungguh dalam malazimi sunnah dan berpegang dengannya. Baginda memperingatkan mereka daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat.
Daripada Ibn ʿAbbās رضي الله عنهما: Daripada Nabi ﷺ dalam hadis yang diriwayatkannya daripada Tuhannya عز وجل berfirman: Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kebaikan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat untuknya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berazam serta melakukannya maka Allah mencatat baginya di sisi-Nya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda, bahkan berlipat kali ganda yang lebih banyak. Dan sesiapa yang berazam untuk melakukan satu kejahatan tetapi tidak melakukannya maka Allah mencatat buatnya di sisi-Nya satu kebaikan yang sempurna. Namun jika dia berazam serta melakukannya maka Allah akan menulis baginya satu kejahatan sahaja."
متفق عليهRasulullah ﷺ menerangkan bahawa Allah telah menetapkan pahala bagi kebaikan dan dosa bagi kejahatan, kemudian Dia menjelaskan kepada dua malaikat cara mencatat amalan tersebut: Sesiapa yang berkehendak, berniat dan berazam untuk melakukan satu kebaikan maka ditulis baginya satu kebaikan penuh walaupun dia tidak melakukannya. Jika dia benar-benar melakukannya maka pahalanya digandakan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, bahkan berlipat kali ganda mengikut kadar keikhlasan hati dan sejauh mana manfaat amalan itu tersebar. Sesiapa yang berkehendak, berniat dan berazam untuk melakukan satu kejahatan, lalu dia meninggalkannya kerana Allah maka ditulis baginya satu kebaikan. Jika dia meninggalkannya hanya kerana sibuk atau lalai tanpa berusaha melakukannya maka tidak ditulis apa-apa baginya. Jika dia meninggalkannya kerana tidak mampu melaksanakannya maka ditulis dosa niatnya. Sekiranya dia benar-benar melakukannya, maka ditulis baginya satu dosa sahaja.
Daripada Anas رضي الله عنه, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
متفق عليهRasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa iman yang sempurna bagi seorang Muslim tidak akan tercapai sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri dari segi ketaatan dan pelbagai kebaikan dalam agama dan dunia, serta membenci apa yang dibencinya untuk dirinya sendiri. Jika dia melihat saudaranya kekurangan dalam agamanya maka dia berusaha memperbaikinya, dan jika dia melihat kebaikan padanya maka dia membimbing dan menolongnya, serta menasihatinya dalam hal agama atau dunianya.
Daripada Mu‘az رضي الله عنه, beliau berkata: Aku membonceng di belakang Nabi ﷺ di atas seekor keldai yang bernama 'Ufair. Lalu baginda bersabda: “Wahai Mu'az, tahukah engkau hak Allah ke atas hamba-Nya, dan apa hak hamba ke atas Allah?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya hak Allah ke atas hamba-Nya adalah agar mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab sesiapa yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun” Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, bolehkah aku sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?” Baginda bersabda: “Jangan sampaikan kepada mereka, nanti mereka akan berserah sahaja.”
متفق عليهNabi ﷺ menjelaskan hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya, dan hak hamba-hamba-Nya ke atas Allah, dan bahawa hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya adalah menyembah-Nya semata-mata tanpa mensyirikkan-Nya, Dan bahawa hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab golongan muwahidin yang tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun. Kemudian Mu'az berkata: “Wahai Rasulullah, bolehkah aku sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai agar mereka dapat bergembira dan bersukacita dengan kurniaan ini?” Maka Nabi ﷺ melarangnya kerana khuatir mereka akan bergantung kepadanya.
Daripada Abu al-‘Abbas, Sahl bin Sa‘ad al-Sa‘idi رضي الله عنه, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dan berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu amalan, jika aku melakukannya, Allah akan mencintaiku dan manusia juga mencintaiku. Lantas Nabi ﷺ bersabda: "Bersederhanalah dalam urusan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan bersederhanalah dalam apa yang dimiliki manusia, nescaya manusia akan mencintaimu."
رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنةSeorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ agar diberitahu tentang amalan yang jika dilakukan, Allah mencintainya dan manusia juga mencintainya. Baginda ﷺ menjawab: Allah mencintaimu apabila kamu meninggalkan kelebihan dunia dan apa sahaja yang tidak bermanfaat untuk akhirat, serta menjauhi perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada agamamu. Manusia mencintaimu apabila kamu bersederhana terhadap apa yang mereka miliki dari dunia; kerana secara fitrah, mereka menyukainya, dan sesiapa yang bersaing dengannya, mereka membencinya, tetapi sesiapa yang meninggalkannya kepada mereka, mereka menyayanginya.
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Allah, Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi, berfirman: “Wahai anak Adam, selama engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku maka Aku akan mengampuni segala yang telah terjadi padamu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai langit kemudian engkau memohon keampunan kepada-Ku maka Aku pasti mengampunkanmu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya engkau datang kepada-Ku membawa kesalahan sebanyak bekas bumi, kemudian engkau menemui-Ku tanpa mempersekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sebanyak itu.”
رواه الترمذيRasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah Ta‘ala berfirman dalam hadis Qudsi: “Wahai anak Adam, selagi engkau memohon kepada-Ku dan mengharapkan rahmat-Ku serta tidak berputus asa maka Aku menutupi dosa-dosamu dan menghapusnya tanpa mempedulikannya; walaupun dosa dan maksiat itu termasuk dosa-dosa besar.” Wahai anak Adam, sekiranya dosamu bertimbun hingga memenuhi di antara langit dan bumi sehingga menutupi segala penjuru dan meliputi seluruh sudutnya, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku hapus dan mengampunkan segala dosamu itu tanpa mempedulikan banyaknya dosa itu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku selepas mati dengan membawa dosa dan maksiat sebanyak isi bumi, dan engkau mati dalam keadaan tauhid tanpa mempersekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku akan menerima dosa dan maksiat itu sebanyak isi bumi sebagai pengampunan kerana sesungguhnya Aku Maha Luas dalam memberi ampunan, dan Aku mengampuni semua dosa kecuali syirik.
Daripada Ibn Mas'ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian.»
رواه البخاريNabi صلى الله عليه وسلم telah memberitahu bahawa syurga dan neraka itu dekat dengan manusia, sedekat tali kasut pada kakinya, kerana seseorang itu boleh jadi melakukan suatu ketaatan yang diredai Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung yang memasukkannya ke dalam syurga, atau melakukan suatu maksiat yang menjadi sebab dia dimasukkan ke dalam neraka.
Daripada Abu Ruqayyah, Tamim bin Aus al-Dari رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Agama itu nasihat" Kami bertanya: "Untuk siapa?" Baginda menjawab: "Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam dan seluruh kaum Muslimin."
رواه مسلمNabi ﷺ mengkhabarkan bahawa agama ini berdiri di atas keikhlasan dan kebenaran, sehingga ia dilaksanakan sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah dengan sempurna tanpa sebarang kecuaian atau penipuan. Lalu ditanya kepada Nabi ﷺ: “Untuk siapa nasihat itu?” Lalu Baginda bersabda: Pertama: Nasihat kerana Allah SWT Iaitu dengan mengikhlaskan segala amalan hanya untuk-Nya, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun, beriman dengan keesaan-Nya dalam rububiyyah dan uluhiyyah-Nya, serta dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Begitu juga dengan mengagungkan perintah-Nya dan menyeru manusia supaya beriman kepada-Nya. Kedua: Nasihat terhadap kitab-Nya iaitu al-Quran al-Karim: dengan meyakini bahawa ia adalah kalam-Nya, kitab terakhir-Nya, dan ia menghapuskan semua syariat sebelumnya. Kita hendaklah mengagungkannya, membacanya dengan bacaan yang sebenar, beramal dengan ayat-ayat yang muhkam (sudah jelas hukumnya), menerima ayat-ayat yang mutasyabih (perlu diperjelaskan), mempertahankannya daripada tafsiran golongan yang menyeleweng, mengambil iktibar daripada peringatannya, menyebarkan ilmunya, serta mengajak manusia kepadanya. Ketiga: Nasihat untuk Rasul-Nya Muhammad ﷺ dengan meyakini bahawa baginda adalah penutup para rasul, membenarkan apa yang baginda bawa, mentaati perintahnya, menjauhi larangannya, tidak beribadah kepada Allah kecuali dengan apa yang disyariatkannya, mengagungkan haknya, memuliakannya, menyebarkan dakwahnya, menyebarkan syariatnya serta menolak segala tuduhan terhadapnya. Keempat: Nasihat untuk para pemimpin umat Islam dengan membantu mereka menegakkan kebenaran, tidak merampas kuasa daripada mereka, mendengar dan taat kepada mereka dalam perkara ketaatan kepada Allah. Kelima: Nasihat untuk seluruh kaum Muslimin dengan berbuat baik kepada mereka, mengajak mereka kepada kebaikan, menahan diri daripada menyakiti mereka, mengasihi mereka dengan menginginkan kebaikan untuk mereka, serta bekerjasama dengan mereka dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersugi itu menyucikan mulut, dan mendatangkan keredaan Tuhan.”
رواه النسائي وأحمدNabi ﷺ memberitahu kita bahawa membersihkan gigi dengan kayu daripada pokok Arak dan seumpamanya menyucikan mulut daripada kotoran dan bau-bau yang tidak sedap, Ia juga adalah salah satu sebab Allah meredai hamba-Nya; kerana di dalamnya terkandung ketaatan kepada Allah dan kepatuhan terhadap perintah-Nya, serta kebersihan yang dicintai oleh Allah Taala.