





























Hadeeth Cards
Da'wa cards that highlight great meanings from the noble prophetic hadiths in a simple style and attractive display that helps the Muslim to have a deeper understanding of his religion in an easy way
All
Daripada Mu‘az bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: “Aku pernah bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan, suatu pagi aku berjalan di sisinya ketika kami sedang berjalan, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku amalan yang memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka.’ Baginda bersabda: ‘Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya. Iaitu, sembahlah Allah dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan apa pun, dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan tunaikan haji ke Baitullah.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai, sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, dan solat malam seorang lelaki…’ Lalu baginda membaca: {Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur mereka} sehingga sampai pada {mereka beramal}. Kemudian baginda bersabda lagi: ‘Mahukah aku beritahu kepadamu permulaan segala urusan semuanya, tiangnya dan puncak bukitnya?’ Aku menjawab: ‘Tentu sekali, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda: “Permulaan segala urusan itu ialah Islam, tiangnya ialah solat, dan puncaknya ialah jihad.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku beritahu kunci bagi semua itu?’ Aku menjawab: ‘Tentu, wahai Nabi Allah.’ Lalu baginda mengambil lidahnya dan bersabda: ‘Tahanlah lidahmu ini.’ Aku bertanya: ‘Wahai Nabi Allah, apakah kami akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kami ucapkan?’ Baginda bersabda: ‘Apalah kau ini, wahai Mu‘az! Manusia tidak akan dilempar ke dalam neraka di atas wajah atau hidungnya melainkan kerana akibat lidah mereka.’”
رواه الترمذي وابن ماجه وأحمدMu‘az رضي الله عنه berkata: “Aku berada bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan. Suatu pagi, aku berjalan di sisinya ketika kami sedang berjalan, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku amalan yang memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka.’ Baginda bersabda: “Engkau telah bertanya amalan yang besar lagi berat kepada diri, namun ia mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya; tunaikanlah kewajipan-kewajipan Islam:” Pertama: Sembahlah Allah sahaja dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Kedua: Dirikanlah solat lima waktu yang wajib setiap hari dan malam: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak, dengan menunaikan syarat, rukun, dan kewajipannya. Ketiga: Tunaikanlah zakat yang wajib, iaitu ibadah harta yang diwajibkan ke atas setiap harta yang mencapai kadar tertentu menurut syarak, diberikan kepada yang berhak menerimanya. Keempat: Berpuasalah pada bulan Ramadan, iaitu menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat ibadah, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Kelima: Tunaikanlah haji ke Baitullah dengan niat menunaikan ibadah haji sebagai suatu ibadah kerana Allah Ta‘ala. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu jalan yang membawa kepada pintu-pintu kebaikan? Iaitu dengan mengikuti kewajipan-kewajipan tersebut disertai amalan-amalan sunat:” Pertama: Puasa sunat, ia berfungsi sebagai perisai daripada terjerumus ke dalam maksiat dengan menahan nafsu dan melemahkan kekuatan syahwat. Kedua: Sedekah sunat memadamkan dosa setelah dilakukannya, menghilangkan dan menghapus kesannya. Ketiga: Solat Tahajjud pada sepertiga malam yang terakhir. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم membaca firman Allah Ta‘ala: {Mereka menjauhkan punggung mereka daripada tempat tidur mereka, mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan solat, zikir dan bacaan Al-Quran, dengan rasa takut dan mengharap, dan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka membelanjakan nya. Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang Kami sediakan untuk mereka sebagai kesenangan mata} iaitu nikmat yang menyenangkan pandangan mereka di Hari Kiamat dan di syurga, {sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan}. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu asal agama, tiangnya yang menjadi sandarannya, dan kemuncaknya?” Mu‘az رضي الله عنه menjawab: “Tentu sekali, wahai Rasulullah.” Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pokok segala urusan ialah Islam, iaitu dua kalimah syahadah; dengannya terbina pada diri seseorang asas agama.” Tiangnya ialah solat; tiada Islam tanpa solat, sebagaimana tiada rumah tanpa tiang. Sesiapa yang menegakkan solat, kukuhlah agamanya dan bertambah tingginya darjatnya. Manakala puncak tertingginya ialah jihad, iaitu berusaha gigih menentang musuh agama demi meninggikan kalimah Allah. Kemudian baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Mahukah aku beritahu kepadamu cara menjaga dan menyempurnakan segala yang telah disebutkan tadi?” Lalu baginda mengambil lidahnya dan bersabda: “Tahanlah ini dan janganlah engkau bercakap tentang perkara yang tidak berkait denganmu.” Mu‘az bertanya: “Adakah Tuhan kita akan menghukum, menghitung, dan membalas kita atas setiap apa yang kita ucapkan?” Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Semoga ibumu kehilangan kamu!” Ini bukan bermaksud doa buruk ke atasnya, tetapi ia merupakan ungkapan orang Arab untuk menarik perhatian terhadap perkara yang patut diambil cakna dan dimaklumi. Kemudian baginda bersabda: “Tidaklah manusia dilempar dan dijatuhkan ke dalam api neraka atas muka mereka, kecuali akibat dari lidah mereka, berupa kekufuran, tuduhan, cercaan, mengumpat, mengadu domba, fitnah, dan seumpamanya.”
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan para rasul-Nya. Allah berfirman: {Wahai para rasul! Makanlah daripada yang baik-baik dan lakukanlah amal kebajikan. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan} [Al-Mu’minun: 51] dan berfirman: {Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami rezekikan untuk kamu} [Al-Baqarah: 172]. Kemudian Nabi menyebut tentang seorang lelaki yang menempuh perjalanan jauh, kusut dan berdebu, mengangkat tangannya ke langit sambil berkata: “Ya Tuhanku, Ya Tuhanku,” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia dibesarkan dengan yang haram. Maka bagaimana doanya itu akan diterima?»
رواه مسلمNabi ﷺ memberitahu bahawa Allah itu Maha Suci, terpelihara daripada segala kekurangan dan cacat, serta bersifat dengan segala kesempurnaan. Allah hanya menerima amalan, perkataan dan kepercayaan yang benar, iaitu yang ikhlas kerana-Nya dan selaras dengan petunjuk Nabi ﷺ. Tidak sepatutnya seseorang mendekatkan diri kepada Allah kecuali dengan amalan yang demikian. Salah satu cara paling utama untuk memperoleh kesucian amalan bagi seorang mukmin ialah memastikan makanannya adalah halal dan baik. Dengan itu, amalannya menjadi bersih dan diterima. Oleh itu, Allah memerintahkan orang-orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan para rasul, iaitu memakan yang halal dan mengerjakan amal soleh. Allah berfirman: {Wahai para rasul! Makanlah daripada yang baik-baik dan lakukanlah amal kebajikan. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan} dan berfirman: {Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada makanan yang baik yang Kami telah rezekikan untuk kamu} Kemudian Nabi ﷺ memberi peringatan tentang larangan memakan yang haram, kerana ia merosakkan amal dan menghalang penerimaan amal tersebut walaupun pelbagai usaha bagi penerimaan telah dilakukan. Antaranya ialah: Pertama: Menempuh perjalanan jauh dalam menjalankan ibadah seperti haji, jihad, menyambung silaturahim dan lain-lain. Kedua: Rambutnya kusut kerana tidak disikat dan warna rambut serta pakaiannya berubah kerana debu, menunjukkan keadaannya yang terdesak. Ketiga: Dia mengangkat kedua-dua tangannya ke langit ketika berdoa. Keempat: Dia memohon pertolongan kepada Allah dengan menyebut nama-Nya dan berulang-ulang dengan penuh pengharapan: “Ya Rabb, Ya Rabb!” Walaupun dia melakukan semua amalan itu untuk dikabulkan doanya, ia tidak akan dikabulkan. Hal ini kerana makanannya, minumannya dan pakaiannya adalah daripada yang haram, dan dia diberi makan dengan yang haram. Maka jauh sekali untuk doanya diterima, bagaimana mungkin ia dikabulkan?
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Allah, Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi, berfirman: “Wahai anak Adam, selama engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku maka Aku akan mengampuni segala yang telah terjadi padamu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai langit kemudian engkau memohon keampunan kepada-Ku maka Aku pasti mengampunkanmu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya engkau datang kepada-Ku membawa kesalahan sebanyak bekas bumi, kemudian engkau menemui-Ku tanpa mempersekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sebanyak itu.”
رواه الترمذيRasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah Ta‘ala berfirman dalam hadis Qudsi: “Wahai anak Adam, selagi engkau memohon kepada-Ku dan mengharapkan rahmat-Ku serta tidak berputus asa maka Aku menutupi dosa-dosamu dan menghapusnya tanpa mempedulikannya; walaupun dosa dan maksiat itu termasuk dosa-dosa besar.” Wahai anak Adam, sekiranya dosamu bertimbun hingga memenuhi di antara langit dan bumi sehingga menutupi segala penjuru dan meliputi seluruh sudutnya, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku hapus dan mengampunkan segala dosamu itu tanpa mempedulikan banyaknya dosa itu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku selepas mati dengan membawa dosa dan maksiat sebanyak isi bumi, dan engkau mati dalam keadaan tauhid tanpa mempersekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku akan menerima dosa dan maksiat itu sebanyak isi bumi sebagai pengampunan kerana sesungguhnya Aku Maha Luas dalam memberi ampunan, dan Aku mengampuni semua dosa kecuali syirik.
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Dan tidaklah hamba-Ku dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu pun yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku fardukan ke atasnya. Hamba-Ku terus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang dia gunakan untuk melakukan sesuatu dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia memohon kepada-Ku, pasti Aku berikan. Jika dia memohon perlindungan kepada-Ku, pasti Aku melindunginya. Dan Aku tidak ragu-ragu dalam sesuatu yang Aku lakukan sebagaimana keraguan-Ku untuk mencabut nyawa orang mukmin. Dia takutkan kematian, dan Aku sendiri bimbang dia merasakan keperitan sakitnya.’”
رواه البخاريRasulullah صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan dalam hadis Qudsi bahawa Allah 'Azza Wajalla berfirman: Sesiapa yang memusuhi dan menzalimi salah seorang wali-Ku serta menimbulkan kemarahannya, maka Aku telah memberitahunya dan mengumumkan permusuhan-Ku kepadanya. Wali (yang dimaksudkan) ialah orang mukmin yang bertaqwa, sebagaimana bertambahnya iman dan takwa seseorang hamba, maka sebegitulah pula kadar kedudukan kewalian di sisi Allah. Tidaklah seorang Muslim mendekatkan diri kepada Tuhannya dengan suatu amalan yang lebih disukai Allah berbanding amalan yang difardukan dan diwajibkan oleh-Nya, berupa melaksanakan ketaatan dan meninggalkan larangan. Orang Muslim itu terus-menerus mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat di samping amalan-amalan wajib, sehingga dia memperoleh kasih sayang Allah. Maka apabila Allah mencintainya, Allah akan membimbingnya melalui empat anggota badan ini: Allah akan membimbingnya dalam pendengarannya, maka dia hanya mendengar apa yang diredai Allah. Allah membimbingnya dalam penglihatannya, maka dia hanya memandang apa yang disukai dan diredai Allah. Allah membimbingnya dalam perbuatan tangannya, maka dia hanya beramal dengan tangannya untuk perkara yang diredai Allah. Allah membimbingnya dalam perjalanan kakinya, maka dia hanya berjalan menuju perkara yang diredai Allah dan hanya berusaha melangkah ke arah perkara yang mempunyai kebaikan. Di samping itu, jika dia memohon sesuatu kepada Allah, nescaya Allah akan mengurniakan apa yang dimintanya, lalu doanya diterima. Jika dia memohon perlindungan kepada Allah dan (jika dia) pergi kepada-nya untuk meminta keselamatan, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjaganya dan melindunginya daripada apa yang ditakutinya. Kemudian Allah Ta‘ala berfirman: “Dan apa-apa yang Aku lakukan, tidaklah Aku ragui seperti keraguan-Ku dalam mencabut nyawa seorang mukmin sebagai belas kasihan kepadanya; kerana dia membenci kematian disebabkan kesakitan yang terkandung di dalamnya, dan Allah membenci segala yang menyakiti hamba-Nya yang beriman.”
Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”
رواه مسلمNabi ﷺ telah mengkhabarkan mengenai Abdullah bin Jud'an, dan beliau merupakan salah seorang pembesar Quraisy sebelum Islam, Antara perbuatan baiknya ialah dia menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabatnya, memberi makan orang miskin, dan lain-lain amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam, namun amalan-amalan ini tidak akan memberinya manfaat di akhirat. Hal ini kerana kekufurannya kepada Allah, dan kerana dia tidak pernah sekalipun berkata: “Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada hari pembalasan.”
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah selepas hujan yang turun pada malamnya. Setelah selesai solat, baginda menghadap orang ramai, lalu bersabda: «Adakah kamu tahu apa yang Tuhan kamu firmankan?» Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: «Pada pagi ini, ada dalam kalangan hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya', maka dia beriman kepada-Ku dan kafir terhadap bintang. Dan adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan disebabkan bintang sekian dan sekian', maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang».
متفق عليهNabi ﷺ menunaikan solat Subuh di Hudaibiyah -iaitu sebuah perkampungan yang berhampiran dengan Mekah- selepas hujan yang turun pada malam itu, Setelah baginda memberi salam dan selesai solatnya, baginda menghadap orang ramai, lalu bertanya kepada mereka: "Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu Azza wa Jalla?" Maka mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Maka beliau berkata: Sesungguhnya Allah SWT telah menjelaskan bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan ketika turunnya hujan: golongan yang beriman kepada Allah SWT, dan golongan yang kafir kepada Allah SWT. Maka adapun sesiapa yang berkata: “Kita diturunkan hujan dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya,” dan menyandarkan penurunan hujan kepada Allah SWT; maka dia adalah seorang yang beriman kepada Allah, Sang Pencipta lagi Pengatur alam ini, dan kafir terhadap bintang. Adapun sesiapa yang berkata: "Kami diberi hujan dengan sebab bintang sekian dan sekian"; maka dia adalah kafir kepada Allah, beriman kepada bintang, dan ia adalah kufur kecil kerana dia menisbahkan penurunan hujan kepada bintang; sedangkan Allah tidak menjadikannya sebagai sebab syar‘i mahupun qadari, Adapun sesiapa yang menyandarkan turunnya hujan dan kejadian-kejadian lain di bumi kepada pergerakan bintang-bintang ketika terbit dan terbenamnya, dengan meyakini bahawa ia adalah penyebab sebenar, maka dia telah kafir dengan kekufuran yang besar.
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, beliau berkata: Beberapa orang sahabat Nabi ﷺ datang, lalu mereka bertanya kepada baginda: “Sesungguhnya kami dapati dalam diri kami sesuatu yang kami rasa terlalu besar untuk diucapkan.” Baginda bersabda: “Dan kamu telah merasainya?” Mereka berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah iman yang sejati.”
رواه مسلمSekumpulan para sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم datang lalu bertanya kepada Baginda tentang perkara-perkara besar yang mereka dapati dalam diri mereka, yang terasa amat berat untuk diucapkan kerana keburukannya dan kebencian mereka terhadapnya, Maka Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya apa yang kamu rasakan ini adalah keimanan yang tulus dan keyakinan sejati, yang mendorong kamu menolak apa yang dibisikkan syaitan di dalam hati, serta penolakan kamu untuk melafazkannya dan perasaan betapa besarnya perkara itu dalam diri kamu. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menguasai hati kamu, berbeza dengan orang yang syaitan telah menguasai hatinya dan tidak lagi ada penentangan daripadanya."
Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah seorang daripada kami mendapati sesuatu dalam dirinya, yang mana dia lebih suka menjadi arang daripada memperkatakannya." Baginda bersabda: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan tipu dayanya kepada waswasah."
رواه أبو داود والنسائي في الكبرىDatang seorang lelaki kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah seorang daripada kami mendapati sesuatu perkara timbul dalam dirinya, tetapi untuk bercakap tentangnya adalah suatu perkara yang amat berat, sehinggakan menjadi abu lebih disukainya daripada bercakap tentangnya.” Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertakbir sebanyak dua kali dan memuji Allah kerana telah menolak tipu daya syaitan kepada sekadar bisikan.
Daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: «Syaitan akan datang kepada seseorang kamu lalu berkata: “Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?” sehinggalah dia bertanya: “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila sampai ke tahap itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah dan berhenti».
متفق عليهRasulullah ﷺ menjelaskan tentang rawatan yang mujarab bagi persoalan-persoalan yang diwaswaskan oleh syaitan kepada orang yang beriman, Maka syaitan berkata: "Siapakah yang menciptakan sekian? Siapakah yang menciptakan sekian? Siapakah yang menciptakan langit? Dan siapakah yang menciptakan bumi?" Maka orang mukmin menjawabnya, berdasarkan agama, fitrah, dan akal, dengan katanya: Allah, Akan tetapi, syaitan tidak berhenti pada peringkat waswas ini sahaja, bahkan ia beralih sehingga berkata: "Siapa yang menciptakan Tuhanmu?" Maka pada ketika itu orang mukmin menolak waswas ini dengan tiga perkara: Dengan beriman kepada Allah. Dan memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan. Dan berhenti daripada melayani waswas.