Hadeeth Cards
Da'wa cards that highlight great meanings from the noble prophetic hadiths in a simple style and attractive display that helps the Muslim to have a deeper understanding of his religion in an easy way






























Da'wa cards that highlight great meanings from the noble prophetic hadiths in a simple style and attractive display that helps the Muslim to have a deeper understanding of his religion in an easy way
Nabi ﷺ menjelaskan kurniaan Allah yang agung ke atas orang-orang mukmin, dan keadilan-Nya terhadap orang-orang kafir. Adapun bagi seorang mukmin, ganjaran kebaikan yang dilakukannya tidak akan dikurangkan. Sebaliknya, dia diberikan kebaikan di dunia sebagai balasan atas ketaatannya, di samping ganjaran yang disimpan untuknya di akhirat. Adakalanya pula, keseluruhan ganjaran itu disimpan sepenuhnya untuknya di akhirat. Adapun bagi orang kafir, Allah akan membalas kebaikan yang dilakukannya dengan ganjaran di dunia, sehinggalah apabila dia kembali ke akhirat, tiada lagi sebarang pahala untuknya yang akan dibalas; kerana amalan soleh yang bermanfaat di dunia dan akhirat mestilah pelakunya seorang mukmin.
Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa orang kafir apabila memeluk Islam, maka dia akan diberi pahala atas amalan-amalan soleh yang telah dilakukannya pada zaman jahiliah sebelum keislamannya, seperti sedekah, membebaskan hamba atau menyambung silaturahim.
Nabi ﷺ menjelaskan keadaan orang munafik bahawa ia seperti seekor kambing yang teragak-agak di antara dua kawanan kambing, tidak tahu yang mana satu harus diikutinya. Ada kalanya ia pergi ke kawanan ini, dan ada kalanya ke kawanan yang lain, Maka mereka kebingungan antara iman dan kufur, lantas mereka tidak bersama orang-orang yang beriman secara zahir dan batin, dan tidak pula bersama orang-orang kafir secara zahir dan batin. Bahkan zahir mereka bersama orang-orang yang beriman, manakala batin mereka dalam keraguan dan kebimbangan, maka kadangkala mereka cenderung kepada golongan ini, dan kadangkala cenderung kepada golongan itu.
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa iman menjadi lapuk di dalam hati seorang Muslim dan melemah, sama seperti pakaian baharu yang menjadi lapuk kerana lama digunakan; Ini adalah kerana lemahnya ibadah, atau melakukan maksiat dan tenggelam dalam syahwat. Maka Nabi ﷺ membimbing kita agar berdoa kepada Allah Ta'ala supaya Dia memperbaharui iman kita, dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan, memperbanyakkan zikir dan istighfar.
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah diangkatnya ilmu syariat, iaitu dengan kewafatan para ulama, Natijahnya, kejahilan bertambah banyak dan tersebar, perzinaan dan perbuatan keji tersebar, perbuatan meminum arak bertambah banyak, dan bilangan kaum lelaki berkurangan manakala bilangan kaum wanita bertambah; sehinggakan bagi lima puluh orang wanita ada seorang lelaki yang menguruskan hal ehwal mereka dan menjaga maslahat mereka.
Nabi ﷺ memberitahu bahawa kiamat tidak akan berlaku sehingga kaum Muslimin dan kaum Yahudi berperang, Sehinggalah apabila orang Yahudi melarikan diri ke sebalik batu untuk bersembunyi daripadanya daripada kaum Muslimin; Allah menjadikan batu itu berkata-kata dan menyeru orang Muslim: bahawa seorang Yahudi berada di belakangnya, supaya dia datang untuk membunuhnya.
Nabi ﷺ bersabda bahawa baginda mempunyai sebuah telaga pada hari kiamat, panjangnya perjalanan sebulan dan lebarnya juga demikian, dan bahawa airnya adalah lebih putih daripada susu, Dan bahawa baunya suci, lebih wangi daripada bau kasturi, Dan cerek-cereknya adalah seperti bintang-bintang di langit dari segi jumlahnya, Sesiapa yang meminum dari al-Haudh dengancerek-cerek tersebut, tidak akan dahaga selama-lamanya.
Nabi ﷺ menjelaskan bahawa baginda akan berada di telaganya pada hari kiamat untuk melihat siapa daripada umatnya yang datang ke telaga itu, Dan beberapa orang akan diambil berdekatan dengan baginda, selawat dan salam ke atasnya, maka baginda bersabda: “Wahai Tuhanku, mereka daripadaku dan daripada umatku,” Maka dikatakan: "Adakah engkau tahu apa yang telah mereka kerjakan selepas engkau berpisah daripada mereka? Demi Allah, mereka sentiasa berpaling ke belakang dan murtad daripada agama mereka, maka mereka bukanlah daripadamu, dan bukan pula daripada umatmu."
Nabi ﷺ bersumpah bahawa bejana-bejana telaga baginda pada hari kiamat lebih banyak daripada bilangan bintang-bintang di langit, Dan hal itu kelihatan pada malam yang gelap dan tidak berbulan; kerana pada malam yang disinari bulan, bintang-bintang tidak kelihatan dengan jelas kerana terhalang oleh cahaya bulan, dan pada malam yang tidak berawan; kerana kewujudan awan menghalang daripada melihat bintang-bintang. Dan bahawasanya bejana-bejana di syurga, sesiapa yang meminum daripadanya tidak akan berasa dahaga selama-lamanya, dan ia akan menjadi kali terakhir si peminum itu merasai dahaga, Dan bahawa ke dalam telaganya mengalir dua pancuran dari syurga, dan lebarnya sama dengan panjangnya; Maka takungan itu adalah sama pada setiap sisinya, panjangnya adalah sekadar jarak di antara Amman, iaitu sebuah pekan di Balqa' dari negeri Syam, hingga ke Ailah, iaitu sebuah kota yang terkenal di hujung negeri Syam, Air al-Hawd lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu.