





























Hadeeth Cards
Da'wa cards that highlight great meanings from the noble prophetic hadiths in a simple style and attractive display that helps the Muslim to have a deeper understanding of his religion in an easy way
All
Daripada ‘Umar bin al-Khattāb رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberimu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
رواه الإمام أحمد والترمذي والنسائي وابن ماجه وابن حبان في صحيحه والحاكمNabi صلى الله عليه وسلم mendorong kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah عز وجل dalam mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan, baik dalam urusan dunia mahupun agama, kerana tiada yang memberi, menahan, memudaratkan, atau memberi manfaat selain daripada-Nya. Kita juga disuruh melakukan sebab-sebab yang mendatangkan manfaat dan menolak kemudaratan dengan kebergantungan penuh kepada Allah. Apabila kita melakukannya maka Allah akan memberi rezeki kepada kita sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang. Perbuatan burung ini merupakan salah satu bentuk usaha dalam mencari rezeki, bukan bermaksud bertawakal sambil bersikap malas atau tidak berusaha.
Daripada al-Nawwās bin Sim‘ān رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: "Kebaikan itu ialah akhlak yang indah dan dosa itu ialah apa yang meragukan di dalam hatimu dan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya." Daripada Wabisah bin Ma‘bad رضي الله عنه, beliau berkata: Aku datang menemui Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: "Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan dan dosa?" Aku menjawab: Ya. Baginda bersabda: "Rujuklah hatimu sendiri. Kebaikan itu ialah apa yang menenangkan jiwa dan mendapat ketenangan di hati. Sementara dosa itu ialah apa yang meragukan dalam hatimu dan berlegar di dadamu, walaupun orang lain memberikan pandangan kepadamu dan (berterusan) diberi pandangan oleh mereka."
الحديث الأول: رواه مسلم، والحديث الثاني: رواه أحمد والدارميRasulullah ﷺ telah memberitahu tentang kebaikan dan dosa melalui sabdanya: Sifat paling agung dalam kebaikan ialah mempunyai akhlak yang baik kepada Allah melalui takwa. Kebaikan kepada makhluk dengan bersikap sabar, mengawal kemarahan, menebarkan senyuman, berkata dengan kata-kata yang baik, menjaga hubungan, taat, bersikap lemah lembut, berbuat kebaikan, menjaga akhlak yang mulia dalam pergaulan dan persahabatan. Kebaikan itu adalah apa yang menenangkan hati dan jiwa. Adapun dosa ialah apa sahaja yang timbul dalam hati berupa perkara-perkara yang meragukan, yang menimbulkan keraguan di hati tanpa menenangkan jiwa, sehingga muncul syak dan rasa takut bahawa ia mungkin suatu dosa. Perbuatan itu tidak ingin ditunjukkan kerana ia dianggap tercela di mata orang lain, walaupun orang lain sempurna atau mulia. Hal ini kerana fitrah manusia cenderung untuk memperlihatkan kebaikannya kepada orang lain; apabila ia merasa tidak senang jika perbuatannya diketahui, maka itulah dosa yang tiada kebaikannya. Jika orang lain memberikan fatwa, janganlah diambil sebagai pegangan selagi tanda keraguan itu masih ada dalam hati, kerana fatwa tidak menghilangkan keraguan jika keraguan itu wujud dan si pemberi fatwa memberi pendapat tanpa ilmu. Namun, jika fatwa itu berdasarkan dalil syarak, maka wajib bagi orang yang bertanya untuk merujuk kepadanya walaupun hatinya belum merasa tenteram.
Daripada Abdullah bin Busr رضي الله عنه, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ, lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam telah menjadi banyak bagi kami, adakah wujud satu pintu yang dapat kami pegang?” Nabi ﷺ bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah.” Dalam sebuah riwayat daripada Mu‘ādh bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata: Perkara terakhir sekali saya bertanya kepada Rasulullah ﷺ sebelum berpisah: “Apakah amalan yang paling baik dan paling hampir kepada Allah?” Baginda ﷺ menjawab: “Engkau mati dalam keadaan lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah Ta‘ālā.”
رواه أحمد والترمذي وابن ماجه وابن حبانSeorang lelaki mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa amalan-amalan sunat telah banyak sehingga dia tidak mampu melaksanakannya kerana kelemahannya. Kemudian dia meminta Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepadanya satu amalan yang ringan tetapi mendatangkan ganjaran besar untuk dia amalkan dan berpegang teguh dengannya. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم membimbingnya agar lidahnya sentiasa basah dengan berterusan mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap waktu dan keadaan, sama ada dengan tasbih, tahmid, istighfar, doa dan sebagainya.
Daripada Al-Miqdām bin Ma‘dī Karib رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, beliau bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.”
رواه أبو داود والترمذي والنسائي في الكبرى وأحمدRasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan salah satu sebab yang menguatkan hubungan antara orang mukmin dan menyebarkan kasih sayang sesama mereka, iaitu apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya bahawa dia mencintainya.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan." Para sahabat bertanya: "Apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan-perempuan baik yang beriman dan tidak berdosa."
متفق عليهRasulullah ﷺ memerintahkan umatnya untuk menjauhi tujuh jenayah dan maksiat yang membinasakan. Apabila ditanya tentangnya, baginda menjelaskan bahawa ia adalah: Pertama: Syirik kepada Allah, iaitu dengan menjadikan tandingan dan sekutu bagi-Nya dalam apa jua bentuk, serta melakukan sebarang ibadah kepada selain Allah SWT. Perkara ini dimulakan dengan syirik kerana ia adalah dosa yang paling besar. Kedua: Sihir – iaitu berupa simpulan, jampi, ubat-ubatan dan asap-asapan – memberi kesan kepada jasad orang yang disihir sehingga menyebabkan kematian atau penyakit, atau memisahkan antara suami isteri. Ia adalah perbuatan syaitan, dan kebanyakannya tidak dapat dilakukan melainkan dengan syirik dan pendekatan kepada roh-roh jahat dengan sesuatu yang disukainya. Ketiga: Membunuh jiwa yang Allah haramkan pembunuhannya, kecuali dengan alasan syarak yang dilaksanakan oleh pemerintah. Keempat: Mengambil riba dengan memakannya atau dengan cara-cara pengambilan manfaat yang lain. Kelima: Memakan harta anak yatim yang belum baligh. Keenam: Lari dari pertempuran menentang orang-orang kafir. Ketujuh: Menuduh wanita-wanita merdeka yang suci melakukan zina, demikian juga menuduh kaum lelaki.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, dan janganlah jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kamu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada."
رواه أبو داودNabi ﷺ melarang rumah-rumah dikosongkan daripada solat, sehingga ia menjadi seperti kubur yang tidak didirikan solat di dalamnya, Baginda melarang ziarah berulang kali ke makamnya dan berkumpul di sana sebagai satu kebiasaan kerana ia adalah wasilah kepada syirik, Dan diperintahkan untuk berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda di mana-mana sahaja di muka bumi; kerana amalan itu sampai kepada baginda, sama sahaja baik dari dekat mahupun jauh. Maka, tidak perlu berulang-alik ke makam baginda.
Daripada Sahl bin Sa‘d RA, daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua-dua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua-dua kakinya, maka aku jamin baginya syurga."
رواه البخاريNabi صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan tentang dua perkara, yang jika seorang Muslim berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka dia akan masuk syurga, Pertama: Menjaga lidah daripada berkata perkara yang memurkai Allah Taala, Kedua: Menjaga kemaluan daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji; Kerana kedua-dua anggota ini adalah punca banyak berlakunya maksiat.
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sebaik-baik zikir adalah 'La Ilaha Illallah', dan sebaik-baik doa adalah 'Alhamdulillah'."
رواه الترمذي والنسائي في الكبرى وابن ماجهNabi ﷺ mengkhabarkan kepada kita bahawa sebaik-baik zikir ialah "La ilaha illallah" yang bermakna tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan sebaik-baik doa ialah "Alhamdulillah". Ia adalah pengakuan bahawa Pemberi nikmat ialah Allah Subhanahu, Yang berhak disifatkan dengan segala sifat yang sempurna dan indah.
Daripada Ibn Mas'ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian.»
رواه البخاريNabi صلى الله عليه وسلم telah memberitahu bahawa syurga dan neraka itu dekat dengan manusia, sedekat tali kasut pada kakinya, kerana seseorang itu boleh jadi melakukan suatu ketaatan yang diredai Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung yang memasukkannya ke dalam syurga, atau melakukan suatu maksiat yang menjadi sebab dia dimasukkan ke dalam neraka.