





























Hadeeth Cards
Da'wa cards that highlight great meanings from the noble prophetic hadiths in a simple style and attractive display that helps the Muslim to have a deeper understanding of his religion in an easy way
All
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Neraka diliputi dengan syahwat, dan syurga diliputi dengan perkara-perkara yang dibenci."
رواه البخاريNabi ﷺ menjelaskan bahawa neraka dikelilingi oleh perkara-perkara yang diingini oleh hawa nafsu seperti melakukan perkara-perkara haram atau memandang ringan terhadap kewajipan; Maka sesiapa yang mengikuti hawa nafsunya dalam hal itu, maka dia layak memasuki neraka, Dan bahawa syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci oleh diri; seperti berterusan melakukan perkara-perkara yang diperintahkan, meninggalkan perkara yang haram, dan bersabar atasnya. Maka apabila seseorang itu menempuhinya dan berjihad melawan dirinya untuk melakukannya, dia berhak masuk ke syurga.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada lima: membalas salam, menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin."
متفق عليهNabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan sebahagian hak seorang Muslim ke atas saudaranya sesama Muslim, Hak yang pertama ialah membalas salam bagi orang yang memberi salam kepada anda. Hak Kedua: Ziarah Orang Sakit. Hak ketiga: Mengiringi jenazah dari rumahnya ke tempat solat, ke tanah perkuburan sehingga dikebumikan. Hak yang keempat: Memenuhi undangan apabila dijemput ke walimatul urus dan seumpamanya. Hak kelima: Mendoakan orang yang bersin, iaitu dengan berkata kepadanya apabila dia memuji Allah: "Yarhamukallah" (Semoga Allah merahmatimu), kemudian orang yang bersin hendaklah menjawab: "Yahdikumullah, wa yuslihu balakum." (Semoga Allah membimbing anda, dan memperbaiki urusan anda).
Daripada Jabir RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Semoga Allah merahmati seseorang yang bermudah-mudah apabila menjual, membeli, dan menuntut haknya."
رواه البخاريNabi ﷺ mendoakan rahmat bagi setiap orang yang bertolak ansur, dermawan lagi pemurah dalam jualannya; Maka janganlah menyusahkan pembeli dari sudut harga, dan layanilah dia dengan akhlak yang baik, Bertolak ansur dan pemurah apabila membeli; tidak merendah-rendahkan dan mengurangkan nilai barangan, Bersikap mudah, pemurah dan dermawan apabila menuntut pelunasan hutang. Tidak menyusahkan orang fakir dan yang memerlukan, bahkan menuntutnya dengan lemah lembut, serta memberi penangguhan kepada orang yang dalam kesusahan.
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Dahulu ada seorang lelaki yang sering memberi hutang kepada orang ramai. Dia biasa berkata kepada pembantunya: “Jika engkau datang kepada seorang penghutang yang dalam kesempitan, maka berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memaafkan kita, lalu ketika dia bertemu Allah, Allah pun memaafkannya».”
متفق عليهNabi ﷺ mengkhabarkan: mengenai seorang lelaki yang memberi pinjaman kepada orang ramai, atau menjual kepada mereka secara hutang," Nabi ﷺ juga berpesan kepada pembantunya yang menagih hutang daripada orang ramai: Apabila kamu mendatangi seorang yang berhutang, dan dia tidak memiliki apa-apa untuk melunaskan hutangnya kerana ketidakmampuannya, "maka bertolak ansurlah dengannya"; iaitu dengan memberinya tempoh dan tidak mendesak dalam menuntutnya, atau dengan menerima apa yang ada padanya walaupun dengan kekurangannya, yang demikian itu adalah kerana keinginan dan harapan agar Allah memaafkannya dan mengampuninya, Maka apabila beliau wafat, semoga Allah memaafkannya dan mengampunkan dosa-dosanya.
Daripada ʿUmar bin al-Khaṭṭāb رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.” Dalam satu lafaz oleh al-Bukhari: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan."
متفق عليهNabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa setiap amalan dinilai berdasarkan niat. Hukum ini bersifat umum bagi semua amalan, sama ada ibadat mahupun muamalat. Sesiapa yang berniat melakukan sesuatu amalan hanya untuk memperoleh manfaat duniawi, maka dia hanya akan mendapat manfaat tersebut tanpa sebarang ganjaran pahala. Namun, sesiapa yang berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala dengan amalannya, dia akan memperoleh ganjaran dan pahala walaupun amalannya hanyalah perkara biasa seperti makan dan minum. Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم memberikan satu perumpamaan bagi menjelaskan kesan niat dalam amalan walaupun rupa lahiriah amal itu kelihatan sama. Baginda menerangkan bahawa sesiapa yang berniat berhijrah dan meninggalkan tanah airnya demi meraih keredaan Tuhannya, maka hijrahnya adalah hijrah yang sah menurut syarak, diterima dan diberi ganjaran pahala kerana keikhlasan niatnya. Namun, sesiapa yang berhijrah kerana mengejar manfaat duniawi seperti harta, kedudukan, perniagaan atau kerana wanita (yang ingin dikahwininya), maka dia hanya akan memperoleh manfaat duniawi yang diniatkannya itu dan tiada ganjaran pahala buatnya.
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه: Seorang lelaki berkata kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: “Berilah aku nasihat.” Baginda bersabda: “Jangan marah” Lelaki itu mengulanginya beberapa kali, namun baginda tetap bersabda: “Jangan marah.”
رواه البخاريSalah seorang sahabat رضي الله عنهم meminta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم agar baginda menunjukkan kepadanya sesuatu yang bermanfaat. Lalu baginda memerintahkannya supaya jangan marah. Maksudnya ialah dia hendaklah menjauhi segala sebab yang boleh mendorongnya kepada kemarahan, serta mengawal dirinya apabila perasaan marah itu timbul, agar tidak berlarutan hingga membawa kepada perbuatan seperti membunuh, memukul, mencela dan seumpamanya. Lelaki itu mengulangi permintaannya agar diberikan nasihat beberapa kali, namun Nabi صلى الله عليه وسلم tidak menambah wasiat baginda kepadanya selain daripada sabdanya: “Jangan marah.”
Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, bahawa beliau mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
رواه الترمذي وابن ماجه وأحمدNabi صلى الله عليه وسلم mendorong kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah عز وجل dalam mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan, baik dalam urusan dunia mahupun agama, kerana tiada yang memberi, menahan, memudaratkan, atau memberi manfaat selain daripada-Nya. Kita juga disuruh melakukan sebab-sebab yang mendatangkan manfaat dan menolak kemudaratan dengan kebergantungan penuh kepada Allah. Apabila kita melakukannya maka Allah akan memberi rezeki kepada kita sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang. Perbuatan burung ini merupakan salah satu bentuk usaha dalam mencari rezeki, bukan bermaksud bertawakal sambil bersikap malas atau tidak berusaha.
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam, Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
متفق عليهNabi ﷺ menjelaskan bahawa seorang hamba yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang padanya tempat janjinya, padanya dibalas setiap amalnya, imannya akan mendorongnya untuk mengamalkan sifat-sifat berikut: 1- Bercakap baik: Termasuk menyebut tasbih dan tahmid, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berusaha menyelesaikan pertelingkahan di antara manusia. Jika tidak mampu berbuat demikian, hendaklah dia diam, menjauhi perkara yang membahayakan serta menjaga lidahnya daripada berkata buruk. 2- Menghormati jiran iaitu dengan berbuat baik kepadanya dan tidak menyakitinya. 3- Menghormati tetamu yang datang mengunjungimu iaitu dengan kata-kata yang baik, menyediakan makanan dan sebagainya.
Daripada Anas رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan seluruh manusia."
متفق عليهRasulullah ﷺ memberitahu kita bahawa iman seorang Muslim tidak sempurna sehingga dia meletakkan kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ melebihi kecintaan kepada ibu bapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia. Cinta ini menuntut ketaatan kepada baginda, membelanya dan menjauhi segala bentuk keingkaran kepada baginda.