Hadeeth Cards
Da'wa cards that highlight great meanings from the noble prophetic hadiths in a simple style and attractive display that helps the Muslim to have a deeper understanding of his religion in an easy way






























Da'wa cards that highlight great meanings from the noble prophetic hadiths in a simple style and attractive display that helps the Muslim to have a deeper understanding of his religion in an easy way
Nabi ﷺ memberitahu kita bahawa membersihkan gigi dengan kayu daripada pokok Arak dan seumpamanya menyucikan mulut daripada kotoran dan bau-bau yang tidak sedap, Ia juga adalah salah satu sebab Allah meredai hamba-Nya; kerana di dalamnya terkandung ketaatan kepada Allah dan kepatuhan terhadap perintah-Nya, serta kebersihan yang dicintai oleh Allah Taala.
Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa solat lima waktu yang diwajibkan sehari semalam, solat Jumaat setiap minggu, dan puasa bulan Ramadan setiap tahun, adalah penghapus bagi dosa-dosa kecil yang ada di antaranya, dengan syarat menjauhi dosa-dosa besar, Adapun dosa-dosa besar seperti zina dan meminum arak, maka tidak akan dihapuskan kecuali dengan taubat.
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa manusia yang sempurna dalam menyambung silaturahim dan berbuat baik kepada kaum kerabat bukanlah orang yang membalas kebaikan dengan kebaikan, Bahkan, penyambung silaturrahim yang hakiki dan sempurna ialah orang yang menyambung kembali hubungan yang telah diputuskan; dan sekalipun mereka berbuat jahat kepadanya, dia tetap membalas mereka dengan kebaikan.
Nabi ﷺ menjelaskan satu kaedah umum mengenai sesuatu perkara, bahawa dalam syariat ia terbahagi kepada tiga kategori: perkara yang jelas halal, perkara yang jelas haram, dan perkara-perkara yang meragukan (syubhah) yang tidak jelas hukumnya dari sudut halal atau haramnya, yang mana ramai orang tidak mengetahui hukumnya. Maka sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara yang meragukan untuknya maka agamanya akan selamat kerana menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perkara haram, dan maruahnya juga akan terpelihara daripada celaan manusia disebabkan perbuatannya terhadap perkara yang meragukan itu. Dan sesiapa yang tidak menjauhi perkara-perkara syubhah, dia telah mendedahkan dirinya sama ada kepada dosa kerana terjatuh ke dalam perkara haram atau kepada celaan manusia terhadap maruahnya. Rasulullah ﷺ memberikan satu perumpamaan untuk menjelaskan keadaan orang yang melakukan perkara syubhah bahawa ia seperti seorang pengembala yang mengembala ternakannya berhampiran kawasan larangan milik seorang pemilik tanah, sehingga hampir-hampir ternakannya memasuki kawasan tersebut kerana terlalu dekat dengannya. Begitu jugalah orang yang melakukan perkara syubhah, dia telah mendekatkan dirinya dengan perkara haram sehingga hampir-hampir terjatuh ke dalamnya. Setelah itu, Nabi ﷺ memberitahu bahawa di dalam tubuh manusia terdapat seketul daging, iaitu hati. Apabila hati itu baik, baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh tubuh.
Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah ﷻ mewajibkan kita berbuat ihsan (kebaikan) dalam setiap perkara. Ihsan ialah sentiasa merasa diawasi oleh Allah dalam beribadah kepada-Nya, dalam melakukan kebaikan dan dalam menahan diri daripada menyakiti makhluk. Termasuk dalam hal ini ialah berbuat ihsan ketika membunuh (dalam pelaksanaan hukuman) dan ketika menyembelih. Ihsan ketika membunuh dalam pelaksanaan qisas ialah dengan memilih cara yang paling mudah, paling ringan dan paling cepat untuk mengakhiri nyawa orang yang dihukum. Ihsan ketika menyembelih dalam penyembelihan haiwan ialah dengan berlaku baik terhadap haiwan tersebut, iaitu dengan menajamkan alat sembelihan, tidak menajamkannya di hadapan haiwan sembelihan yang melihat dan tidak menyembelih seekor haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang sedang melihatnya.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa wajib menolak segala bentuk kemudaratan dalam pelbagai jenis dan keadaannya, sama ada terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Tidak boleh bagi sesiapa untuk mencederakan dirinya sendiri atau orang lain dengan apa jua cara sekalipun. Begitu juga, tidak boleh baginya membalas kemudaratan dengan kemudaratan kerana kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan kecuali dalam bentuk qisas dengan tanpa melampaui batas. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan ancaman bahawa sesiapa yang memudaratkan orang lain akan ditimpa kemudaratan dan sesiapa yang menyusahkan orang lain akan ditimpa kesusahan.
Nabi ﷺ telah menjelaskan bahawa pengharaman kerana susuan adalah sama seperti pengharaman kerana kelahiran dan keturunan, yang terdiri daripada bapa saudara (sebelah ibu atau ayah) atau abang… dan penyusuan membolehkan apa yang dibolehkan disebabkan kelahiran dari segi hukum-hakam.
Nabi ﷺ memerintahkan agar meninggalkan perkara yang engkau ragui dari segi perkataan dan perbuatan – sama ada ia dilarang atau tidak, haram atau halal – dan beralih kepada perkara yang tidak diragui, yang engkau yakin akan kebaikan dan kehalalannya. Sesungguhnya hati akan merasa tenang dan tenteram dengannya, sedangkan perkara yang meragukan akan membuat hati gelisah dan resah.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sekiranya seseorang diberi hanya berdasarkan tuntutan mereka tanpa bukti atau petunjuk maka pasti ada orang yang akan menuntut harta dan nyawa orang lain. Oleh itu, pihak yang menuntut wajib mengemukakan bukti dan dalil bagi tuntutannya. Jika dia tiada bukti, tuntutan itu diserahkan kepada pihak yang dituntut; jika pihak itu menafikannya, maka wajib atasnya bersumpah, dan dia akan terbebas daripada tuntutan tersebut.